Budak Kampung Photography

Like Dulu! Hehe

Selasa, 30 Julai 2013

DOA MELAKUKAN PERJALANAN DAN MEMOHON KESELAMATAN UNTUK DIRI DAN KELUARGA YANG DITINGGALKAN

Kepada suami yang selalu bertugas "out-station" dan meninggalkan isteri dan anak-anak di rumah. Selalu berharapkan dan berpesan kepada saudara terdekat untuk menjaga keluarganya semasa ketiadaannya. 

Pada situasi sekarang yang sering berlaku seperti kes pecah rumah, kes culik seperti Nurin Jazlin, kebakaran dan apa saja insiden amat merisaukan hati suami. Selalu berharap keluarga yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat dan sehat sejahtera sehingga ia selesai menjalankan tugasnya.

Kepada pasangan suami-isteri yang bekerja dan meninggalkan anak-anak kecil mereka kepada "maid" Indon atau di rumah pengasuh, bacalah doa ini selepas menghantar mereka atau sebelum ke pejabat supaya anak-anak di rumah atau pun di sekolah selamat dipelihara Allah SWT. 

Anak-anak ibarat permata yang tidak ternilainya. Jika berlaku sesuatu kepada mereka sepanjang ketiadaan kita, tiada wang ringgit yang boleh mengantikan kehilangan mereka.

Banyak kes sudah kita baca dalam akhbar. Anak mati di rumah pengasuh, kemalangan dalam rumah seperti lemas dalam tub mandi, jatuh tangga dan banyak lagi yang berlaku sehingga kita rasa tidak selamat lagi untuk meninggalkan mereka pada orang lain. 

Ada isteri yang bekerja sanggup mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi untuk menjaga anak mereka. Bacalah doa ini sebelum meninggalkan keluarga atau meninggalkan anak-anak dirumah. InsyaAllah dipelihara Allah SWT.


Maksudnya:

"Aku pertaruhkan kamu sekalian kepada Allah yang tidak akan mensia-siakan apa yang disimpan kepada-Nya"

DOA PENGIKAT KASIH SAYANG

Amalkan ayat dari surah-surah ini, insyaAllah. Semoga Allah perkenankan doa hambaNya.

Banyak rumahtangga runtuh kerana hilang kasih sayang di tengah jalan walaupun pada awalnya dibina atas cinta yang suci. Pelik dan ajaib kerana setelah sekian lama berkasih sayang, tiba-tiba hilang perasaan kasih sayang terhadap pasangan masing-masing. Timbul rasa menyampah dan benci yang amat sangat. Jika terkena sihir berubatlah. Jika bukan disebabkan sihir mungkin faktor luaran. Berusahalah memperbaiki perhubungan itu serta berdoa dan bertawakal kepadaNya.

Mungkin kerana sebab-sebab tertentu yang mempengaruhi seperti ada pihak yang ketiga, cemburu buta, salah faham dan timbul tidak serasi dan bermacam alasan untuk berpisah.

Namun jika pasangan masing-masing kuat dan kental cintanya serta berserah kepada yang Maha Kuasa di atas segala ujian dan rintangan sebesar mana pun, ia mampu bertahan hingga ke akhir hayat.


Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud, 

“Rahim (kasih sayang) itu tergantung di Arasy.” Katanya lagi, “Siapa yang menghubungkanku, menghubungi pula Allah akan dia dan siapa memutuskanku, memutuskan pula Allah akan dia.” (Hadis riwayat Muslim)
Seseorang yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya, dia akan mencintai dan dicintai dan barang siapa yang tidak mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya, dia akan pula mencintai dan dicintai.

Firman Allah SWT:

Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk. (Al Qashash: Ayat 56).

1.DOA PENGIKAT KASIH

 
Maksudnya

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu.” Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 

2.DOA PENGIKAT KASIH.

MaksudNya:

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.

DOA UNTUK MELEMBUTKAN HATI YANG KERAS DAN SEBAGAI DOA PENDINDING DIRI.

Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.

Beliau seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Sifat berani dan garang sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani melintas dihadapan beliau lari lintang pukang jika bersua dengan Saidina Umar, inikan pula kita yang lemah semangat.

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.

Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.

Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata:
"Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"
Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"

Jawab Rasulullah SAW: "Benar"

Aku berkata lagi: "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq! 

Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.

doa melembutkan hati
Maksudnya.

  1. Taa. Haa.
  2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
  4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
  5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.

Isnin, 29 Julai 2013

DOA MEMINTA KESEMBUHAN BAGI PENYAKIT BUAH PINGGANG

Buah pinggang adalah satu organ yang amat penting dan TUGAS buah pinggang tidak sekadar menapis darah dan menyingkir bahan beracun daripada badan, tetapi juga mengekalkan keseimbangan elektrolit, pH dan tekanan darah.

Ia ibarat "oil filter" bagi sebuah kereta supaya kereta itu berjalan dengan baik. Begitulah juga buah pinggang kita yang menapiskan segala toksid dalam darah dan membekal darah yang bersih pada otak dan organ-organ lain supaya seseorang itu sehat. Jika buah pinggang tidak elok dan rosak. Orang itu akan mengalami masalah kesihatan kerana darahnya kotor mengandungi racun yang menyebabkan ia tidak sihat dan menjejaskan organ-organ yang penting.  

Sebelum buah pinggang rosak dan menjejaskan kesihatan anda, elok amalkan ayat-ayat ini supaya buah pinggang berada dalam keadaan baik ditambahkan lagi doa syifa yang mana pengamal doa syifa terhindar dari sebarang penyakit kecuali kematian. 

Cara-cara rawatannya.

1. Bacaan Salawat Syifa.-3x.

2. Baca Doa dari Surah Al-Mukminun. 11x

Sediakan air satu botol kosong yang bersih dan dihembuskan setiap kali membaca doa-doa diatas. Amalkan setiap hari terutama pesakit buah pinggang yang teruk. Minum sebelum sarapan pagi dan minum sebelum tidur malam. InsyaAllah semuga mendapatkan kesembuhan bagi yang mengidap sebarang penyakit berkaitan buah pinggang yang menyebabkan kerosakan buah pinggang. Amalkan minum air barli yang direbuskan bersama gula batu untuk menyuci kekotoran dalam saluran buah pinggang untuk mengelak kencing kotor. Sebulan sekali baik untuk kesihatan selain dari air yang di doakan. InsyaAllah.

SELAWAT SYIFA.

Maksudnya:

"Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda."

Doa Meminta Kesembuhan Bagi Pesakit Buah Pinggang.
Maksudnya:

115. Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? 116. Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya; tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (Yang mempunyai) 'Arsy yang mulia. 117.Dan barangsiapa menyembah tuhan yang lain di samping Allah, padahal tidak ada suatu dalilpun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu tiada beruntung. 118. Dan katakanlah: "Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling baik."

DOA MEMELIHARA DARI KEBAKARAN

Rumah atau kondominim yang dibeli beratus-ratus ribu sampai ada yang mencecah berjuta-juta boleh sekejap hangus jadi abu dijilat api. Tidak kira macamana rumah tersebut. Yang tinggal di kondominium kita hanya membeli ruangnya sahaja kerana lantainya, bumbung orang dibawah. Dinding kiri dan kanan juga adalah dinding jiran sebelah serta bumbung adalah lantai orang tinggal diatas.

Kebakaran yang terjadi disebelah rumah jiran boleh berlaku dan turut melarat membakar rumah disebelahnya. Yang pentingnya nyawa keluarga adalah diutamakan dari hartabenda yang boleh dicari ganti. 

Begitu juga kenderaan yang dinaiki bila terlibat kemalangan sehingga rentung membakar tuannya serta keluarga. Doa ini hendaklah dibaca waktu pagi dan petang agar terpelihara daripada bahaya kebakaran.


Maksudnya:


"Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada tuhan kecuali Engkau, kepada Engkau aku menyerah diri, Engkau Tuhan 'Arasy Yang Besar, apa yang dikehendaki Allah akan terjadi dan apa yang tidak dikehendaki Allah tidak akan terjadi, tidak ada daya upaya kekuatan hanya dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Aku mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu mempunyai kuasa ke atas segala sesuatu itu dan bahawa Allah telah melihat segala sesuatu itu dengan pengetahuan-Nya. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang melata di bumi ini. Engkau Ya Allah yang mengambil dengan segala kekuasaan yang ada padanya (kuasanya) segalanya. sesungguhnya Tuhanku adalah jalan yang lurus."

CARA MEMBUAT AIR PENAWAR.

Cara-cara membuat air penawar.

1. Sebelum mula tentukan diri anda bersih dan berwudhuk.
2. Lelaki atau wanita asalkan bacaannya baik dan betul bacaannya. 
3. Sebaiknya lakukan selepas solat asar.
4. Mengadap kiblat kerana selepas solat asar.
5. Air mineral dan buka tudungnya.

Surah-surah yang dibaca.

Sebelum mula, Istighfar 10 kali serta salawat Nabi 10 kali.
  1. Baca Al-Fatihah - 10x.
  2. Baca Ayatul Kursi - 1x.
  3. Baca Surah Al-Ikhlas - 3x.
  4. Baca Surah Al-Falak - 1x.
  5. Baca Surah An Naas - 1x.
  6. Baca Surah Yunus - 11x. (Mula bacaan seperti ditunjukkan).
  7. Zikir  "Ya-Naafi" - 100x.
  8. Penutup - Salawat Nabi 10x.

Maksudnya:

81. Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya" Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-yang membuat kerusakan.

DOA KETIKA HUJANG YANG MEMBAHAYAKAN



Maksudnya:

"Ya Allah. tolonglah kami. Ya Allah tolonglah kami"