Budak Kampung Photography

Like Dulu! Hehe

Isnin, 29 Julai 2013

DOA-DOA KESELAMATAN DIRI DARI TERLIBAT KEMALANGAN JALANRAYA



 Jika berlaku kemalangan, Allah SWT akan melindungi kamu serta memelihara dari sebarang kecederaan. Pernah suatu hari pada tahun 1992, captain terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Sidam Kanan ke Sungai Petani. Kereta yang dipandu oleh captain berpusing beberapa kali dan merempuh tiang letrik serta jatuh ke dalam parit yang dalam selepas hilang kawalan kerana jalan basah selepas hujan lebat.

Jika dilihat pada kereta yang remuk itu, memang sah pemandunya maut atau pun cedera parah sekiranya hidup. Insyaallah captain selamat dan tiada sedikit pun kecederaan dan tiada sebarang calar atau luka kena serpehan kaca. Seperti bangun dari tidur selepas mimpi ngeri. Itulah hebatnya kuasa Allah SWT. Kata arwah selepas sampai di rumah. Allah sayang kamu. 


Maksudnya:

"DENGAN NAMA ALLAH AKU MENYERAHKAN DIRIKU KEPADA ALLAH, TIDAK ADA DAYA UPAYA MELAINKAN DENGAN PERTOLONGAN ALLAH"



Maksudnya:

"MAHA SUCI ALLAH YANG MEMUDAHKAN INI BAGI KAMI DAN TIADALAH KAMI BERKUASA MEMPERGUNAKANNYA JIKA TIDAK KERANA KURNIA-MU. SESUNGGUHNYA KAMI AKAN KEMBALI KEPADA TUHAN KAMI."



3. DOA SELAMAT DARI SEBARANG KECEDERAAN.

"INNALLAZI FAROTHO A'LAI KALLQURANN NALAAROD DUKAA ILAII MAAD"



Maksudnya:

"DENGAN NAMA ALLAH, TIADA , TIADA DAYA UPAYA KECUALI DENGAN PERTOLONGAN ALLAH YANG MAHA AGUNG".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan